Bot itu berlabuh di pelabuhan Catania, Isnin lalu namun Itali enggan membenarkan pendatang keluar selepas ketiadaan komitmen daripada Kesatuan Eropah untuk menempatkan mereka.

Namun selepas satu perjanjian yang ditaja pihak gereja Katolik, semalam, Menteri Dalam Negeri, MatteoSalvini setuju membenarkan mereka meninggalkan kapal Diciotti yang menyelamatkan mereka 10 hari lalu. - AFP