Kata graduan Sarjana Pendtabiran Perniagaan itu, dia mahu bergelar seorang anak seni yang mempunyai ilmu lakonan sebagai tiket untuk bertahan lama di dalam indusri.

Menurut Iswan, 28, atas dasar itu, dia mengambil iniatif untuk menghadiri kelas lakonan dan seni persembahan yang dikendalikan oleh pelakon veteran.

“Selepas drama Hero Seorang Cinderella tamat, saya ada terbaca komen netizen yang samakan saya dengan lakonan Fattah Amin sebagai ‘kayu’.

“Jadi saya fikir kalau nak kekal lama rasanya tak boleh nak hanya bersandarkan pada rupa paras semata-mata. Sebab itu saya dah mula masuk kelas Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud)sejak hujung tahun lalu.

“Saya di ajar dari segi memantapkan asas lakonan. Saya dapat rasakan ‘kejujuran’ dalam lakonan saya lepas masuk kelas itu. Dialog pon saya lontarkan dengan penuh rasa jujur serta dari hati.

“Kalau sebelum ni, bila pengarah suruh berlakon ikut watak dalam skrip, saya hanya ikut saija. Tapi lepas ni saya lebih berkeyakinan untuk pegang sebarang karakter,” katanya. - UTUSAN ONLINE