Perkara itu disampaikan kepada Pengerusi Pertubuhan Ke­sepakatan Pemandu Teksi, Kereta Sewa, Limo Premier Executive Jiwa Malaysia (Perjiwa), Zailani Isaisuludin selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam bersama Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

“Perdana Menteri hari ini berjanji beliau akan menyelesaikan masalah yang melibatkan peman­du teksi dalam waktu terdekat.

“Beliau (Dr. Mahathir) memberitahu bahawa perkara itu akan dikaji secara menyeluruh dan teliti. Kita yakin dan percaya Perdana Menteri seorang yang berpengalaman serta akan menyelesaikan perkara ini dengan baik,” katanya kepada di sini hari ini.

Sementara itu, Zailani me­nyaran Kementerian Pengangkutan mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu-isu industri teksi di negara ini.

“Kami berharap undang-un­dang berkaitan industri teksi akan dikaji dengan baik, terma­suk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

“Kami mahu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook membuka ruang perbincangan untuk menyelesaikan isu ini de­ngan sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau turut meluahkan keti­dak­puasan hati apabila Anthony Loke tidak hadir pada pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari ini.

Pada pertemuan itu, Zailani bersama wakil-wakil pemandu teksi dari seluruh negara turut menyerahkan satu memorandum kepada Dr. Mahathir.

Antara usul dan cadangan da­lam memorandum itu termasuk mengurangkan 30 peratus harga kenderaan dan tempoh bayaran balik yang diluluskan sebagai kenderaan perkhidmatan pe­ngangkutan awam dan permohonan geran bulanan RM1 juta untuk Perjiwa menjalankan aktiviti dan kebajikan pemandu teksi yang sah dan layak. – BERNAMA