ZURAIDA KAMARUDDIN
ZURAIDA KAMARUDDIN

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, dasar tersebut akan memuatkan pelan tindakan komprehensif pembangunan komuniti di Malaysia.

“Kementerian peka terhadap masalah pembaziran makanan yang sedang berlaku di Malaysia terutamanya semasa musim perayaan.

“Cadangan daripada beberapa pihak berkenaan penubuhan Akta Pembaziran Makanan akan dikaji dengan lebih teliti dari pelbagai sudut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow agar Akta Pembaziran Makanan diwujudkan di negara ini.

Langkah itu bagi mengatasi budaya pembaziran dalam kalangan rakyat di negara ini terutamanya yang dilihat banyak berlaku sepanjang bulan Ramadan dan Syawal.

Mengulas lanjut, Zuraida menjelaskan, penekanan harus diberikan bukan hanya dari sudut polisi dan dasar tetapi keberkesanan akta tersebut untuk dikuatkuasakan.

Beliau menambah. pihaknya turut akan melihat pelaksanaan undang-undang berkenaan pembaziran makanan di negara maju seperti Perancis sebagai rujukan.

“Pada masa yang sama, rakyat Malaysia harus menerima pendidikan yang secukupnya tentang penjimatan bahan makanan sekali gus dapat membantu mengurangkan pembaziran secara menyeluruh dan praktikal,” katanya. - UTUSAN ONLINE