Presiden Islamic Propagation Society International (IPSI) Malaysia, Kamaruddin Abdullah berkata, masalah tersebut timbul disebabkan kurangnya ilmu agama dalam kalangan ibu bapa sendiri.

“Islam telah menetapkan peraturan yang cukup sempurna untuk mereka melalui proses kehidupan seperti mana orang lain. Contohnya, berkahwin seterusnya mempunyai zuriat yang sah yang boleh berbin atau berbintikan bapa sebenar.

“Jangan pandang isu perkahwinan ini remeh kerana sekiranya tuntutan agama tidak dipenuhi, mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuklah mendekati perkara yang boleh menjurus ke arah perbuatan zina,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, Kamaruddin berkongsi intipati kuliah Jumaat bertajuk Manisnya Iman bersama-sama jemaah yang hadir di Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy, Menara Bank Islam di sini. - UTUSAN ONLINE