Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) berkata, pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat melegakan beliau sekali gus segala projek yang sedang dilaksanakan dan dirancang dapat berjalan dengan baik.

“Kita akan memperincikan apa yang diumumkan itu, saya percaya jumlah yang diperuntukkan kepada kementerian ini tidak akan disia-siakan.

“Walaupun kita sedar dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, isu keselamatan dan pertahanan sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Bajet 2017 telah memperuntukkan RM15.1 bilion kepada kementerian berkenaan antaranya RM1.8 bilion untuk menyelenggara aset-aset utama seperti pesawat, kapal peronda, peralatan komunikasi, bangunan dan senjata.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga diperlengkapkan de­ngan perolehan kapal rondaan dan kenderaan berperisai 8x8.

Bagi meningkatkan keberkesanan operasi Esszone, RM323 juta diperuntukkan untuk penugasan anggota di sempadan kawasan Timur Sabah.