Aeril, 30, atau nama sebenarnya Suhairil Sunari berkata, individu dan perlakuan seperti itu diibaratkan seperti patah tumbuh hilang berganti.

“Biarlah tuhan sahaja yang memberi tindakan kepada individu tersebut. Saya anggap individu itu dan kelakuannya sebagai patah tumbuh hilang berganti.

“Cukuplah sekadar penafian berserta bukti yang jelas daripada saya. Saya masih waras untuk melakukan perkara sebegitu.

“Sekali pandang, individu dalam gambar berkenaan memang mirip saya. Tetapi, hakikatnya dia bukan saya,” tegasnya. - UTUSAN ONLINE