Menterinya, M. Kula Segaran berkata, dalam mesyuarat itu nanti, Kabinet akan cuba mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi.

“Kita telah menerima memorandum yang meminta gaji minimum RM1,050 untuk Sabah dan Sarawak serta di Semenanjung dikaji semula.

“Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk difahami dan memikirkan semula apakah tindakan susulan yang boleh diambil. Pandangan mereka semua akan dikaji,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan 20 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bangunan sementara Parlimen di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE