Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, berikan ruang perbincangan mengenai status projek infrastruktur itu diteruskan dan kerajaan mahu mengekalkan hubungan dua hala yang baik dengan China.

"Kita perlu beri ruang kepada semua pihak terlibat supaya perbincangan diteruskan. Apabila semuanya selesai, ia akan dibawa ke Kabinet dan memaklumkannya kepada rakyat.

"China merupakan rakan dagang penting. Kita mahu kembangkan perdagangan dengan semua negara termasuk China. Kita akan terus berbincang pelbagai perkara yang ada demi kepentingan kedua-dua negara," katanya pemberita ketika hadir ke program anjuran partinya di sini hari ini.

Status mengenai ECRL menjadi tanda tanya apabila Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata kontrak projek tersebut telah dibatalkan, namun bercanggah dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyatakan kenyataan rasmi akan dibuat kemudian. - UTUSAN ONLINE