Noorainee bersama 21 lagi penerima menerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menganuge­rahkan darjah kebesaran dan pingat-pingat kepada penerima di Balairung Seri Istana Abu Bakar.

Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Antara menerima SSAP lain adalah Isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Junaini Kassim; isteri Menteri Pertahanan, Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah; isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah dan isteri Menteri Dalam Negeri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Turut menerima adalah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman; Ketua Pegawai Eksekutif WZ Satu Berhad, Tengku Datuk Uzir Tengku Ubaidillah; Ketua Pengarah Pengairan dan Saliran, Datuk Ir. Ahmad Husaini Sulaiman dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof.

Lain-lain penerima SSAP adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Zohari Akob; Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Abd. Rahman Abd. Rahim; Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani; Ketua Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Amrin Awaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corporation Berhad, Datuk Syed Faisal Albar.

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Dr. Hasmiza Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Bhd., Datuk Robin Yeong Ching dan Pengarah urusan IPMUDA Berhad, Datuk Lim Heng Suan juga antara penerima SSAP manakala Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia, Prof. Dr. Ir. Djohari Arifin Husin menerima SSAP (Kehormat).

Selain itu, seramai tujuh orang menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk antaranya adalah isteri Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Puan Sri Umi Kalsom Wan Awang; isteri Ketua Polis Negara, Puan Sri Imran Ibrahim; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Azizan Ahmad; bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Omar Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Mohammed Emir Mavani Abdullah.