Allahyarham Aishahtun juga merupakan ibu kepada penyandang kerusi Dewan Undangan negeri Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar. Jenazah akan dikebumikan di Shah Alam pagi esok.

Allahyarham yang meninggalkan lima orang anak pernah menerima banyak penghargaan termasuk Anugerah Tokoh Wanita Terengganu kerana komitmennya yang tinggi dan berterusan melalui pelbagai badan sukarela dan kebajikan di negeri ini,  menggerakkan kegiatan  bagi kepentingan masyarakat. - UTUSAN ONLINE