Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Isteri bekas Menteri Pelancongan meninggal dunia

Isteri Sabaruddin Chik meninggal dunia
Pengerusi Amanah Raya, Tan Sri Sabbaruddin Chik menyiram pusara isterinya, Allahyarham Puan Seri Faridah Mohamed di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini hari ini. UTUSAN ONLINE/SURIYA BONMA

KUALA LUMPUR 19 April - Puan Sri Faridah Mohamed, isteri kepada bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik meninggal dunia akibat penyakit Brain Aneurysm iaitu benjolan pada saluran darah di Hospital Pakar KPJ  Damansara pada 12.40 pagi hari ini.

Suami Allahyarham, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang juga merupakan Pengerusi Amanah Raya Berhad berkata, Allahyarhamah Faridah, 74, dimasukkan ke hospital sejak empat minggu yang lalu selepas mengadu sakit kepala.

Allahyarhamah Faridah meninggalkan empat orang anak dan lima orang cucu pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) pada 1999.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini tengah hari tadi. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain