Allahyarham yang berusia 87 tahun meninggal kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Menurut anak sulung arwah Mustapa Kamal, 57, ibunya telah lama sakit tua.

"Sebelum ini arwah sihat dan boleh bercakap dengan kami seperti biasa," katanya ketika ditemui Bernama di Tanah Perkuburan Islam Shaidatul Sakina hari ini.

Beliau berkata, jenazah telah disembahyangkan di Surau As-Syakirin, Setiawangsa pada pukul 12 tengah hari tadi sebelum dikebumikan kira-kira pukul 2.00 petang.

Anak ketiga arwah, Mansor, 50, berkata semasa hayat, arwah merupakan seorang yang baik hati, peramah dan suka membuat lawak di dalam keluarga.

"Ibu kami pemurah. Selalu membuat kami tertawa dengan jenaka," katanya.

Arwah meninggalkan empat anak iaitu Mustapa Kamal, 57; Kamarulzaman, 54; Mansor, 50; dan Amir Hamzah, 47, serta tujuh cucu.

Turut hadir pada majlis pengkebumian itu adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Othman Muhamad yang mewakili kerajaan negeri.

Othman menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat peramah.

"Arwah seorang yang cukup aktif dan selalu turun padang membantu kumpulan-kumpulan wanita untuk program kemasyarakatan.

"Arwah pernah membuat program masakan berjudul majalah wanita di Radio Televisyeh Malaysia (RTM) pada era 60-an," katanya. - BERNAMA