Menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan menerima keputusan rasmi itu daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pada pukul 2.45 petang di Istana Negara.


Sebelum itu pada kira-kira 1.38 tengah hari, Nik Mohd menerima warkah pemakluman yang ditandatangani oleh ketua pemimpin Pakatan Harapan yang bersepakat menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri yang ketujuh.


"Kedua-dua dokumen yang diterima ini akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan bagi mengadakan Istiadat Angkat Sumpah bagi jawatan perdana menteri pada masa yang terdekat ini," kata kenyataan itu. - BERNAMA