Rang undang-undang itu yang diluluskan melalui 61 undian dengan 51 menentang merupakan tamparan terbaharu terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

Cadangan undang-undang baharu itu dicetuskan oleh Shuli Moalem-Refaeli dari parti Jewish Home, beberapa minggu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel yang mencetuskan bantahan di seluruh dunia.

Kelulusan undang-undang itu juga adalah susulan daripada undian jawatankuasa pusat parti Likud pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk memperluaskan penempatan haram Israel di Tebing Barat. - AFP

habis.