Duta Kuwait ke PBB, Mansour al-Otaibi dan beberapa negara anggota majlis berkenaan mencadangkan lawatan ke wilayah berkenaan pada mesyuarat minggu lalu mengenai keputusan rejim Zionis menamatkan tugas pemerhati antarabangsa di Hebron.

“Israel menolak lawatan tersebut. Mereka tidak mahu menerima kunjungan UNSCR walaupun sedia menyambut delegasi negara anggota.

“Kami kesal kerana kunjungan ini tidak akan berlaku kerana ia sudah dibangkitkan beberapa kali oleh majlis,” katanya. - AFP