DATUK ISMAIL KASSIM
DATUK ISMAIL KASSIM

Serentak dengan itu, beliau yang juga adik kepada Datuk Seri Shahidan Kassim turut memaklumkan bakal menyertai PPBM.

“Secara rasminya saya sudah keluar daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menjadi wakil rakyat bebas dalam negeri ini. Keputusan itu dibuat atas beberapa faktor dan antaranya ialah saya sudah hilang keyakinan kepada pucuk kepemimpinan parti,” katanya.

Tambah Ismail, keputusan itu juga adalah demi kepentingan rakyat apabila beliau perlu menjalinkan hubungan dengan kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya perlu memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat dan perlu untuk menjalinkan hubungan dengan Kerajaan Pusat,” katanya.

Katanya lagi, keputusan menyertai PPBM itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Keputusan ini dibuat tanpa pengetahuan abang saya (Shahidan) dan saya bukan 'puppet' (boneka) dan Shahidan) tidak perlu tahu.

“Saya hendak buktikan bahawa soal adik beradik tidak timbul dalam politik dan saya berharap dengan keputusan ini semua pihak dapat menerimanya dengan berlapang dada,” katanya.

Ismail mula menyertai UMNO sejak 30 tahun lalu dan pernah menjawat beberapa jawatan penting iaitu sebagai Ketua Pemuda UMNO negeri, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Arau.- UTUSAN ONLINE