FGV dalam kenyataannya di Bursa Malaysia berkata, peletakan jawatan tersebut bagi membolehkan beliau untuk memberi tumpuan kepada urusan peribadinya.

Susulan itu, FGV turut mengumumkan pelantikan Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi FGV.

Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Mohd. Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd. Karim untuk bercuti pada 6 Jun lalu.

Kerajaan seterusnya melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu.- UTUSAN ONLINE