ISA SAMAD
ISA SAMAD

Difahamkan, kenderaan membawa beliau memasuki perkarangan Bangunan Perdana Putra di sini pada pukul 8 pagi.


Walau bagaimanapun, pihak media yang menunggu di laluan utama bangunan tersebut tidak berjaya mendapat kenyataan Isa apabila beliau difahamkan keluar menggunakan laluan lain.


Kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Isa dan Lembaga Pengarahnya mengarahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd. Karim untuk bercuti 6 Jun lalu.


Susulan krisis itu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai orang tengah bagi mencari penyelesaian kepada krisis itu.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam syarikat itu. - UTUSAN ONLINE