Majlis tersebut turut dihadiri Pengarah Tourism Johor, Abdul Malik Ismail; Pengerusi International Rally of Johor (IROJ), Datin Paduka Raja Nor Mazli Tun Raja Mohar dan Pengarah Wheel Sport Management, Datuk Paduka Tengku Shaharin Abu Bakar Tengku Sulaiman.

Johor berjaya mengekalkan hak penganjuran untuk menjadi tuan rumah bagi satu pusingan Asia Pacific Rally Championship (APRC) bermula esok hingga Ahad ini.

Pusingan itu yang dinamakan IROJ merupakan acara tahunan dianjurkan selama tiga hari melibatkan 35 peserta dalam dan luar negara termasuk Jepun, Indonesia, India dan New Zealand. - UTUSAN ONLINE