Tuduhan itu dirakam dalam sebuah video berbahasa Tamil yang tular dalam laman sosial Facebook dipercayai diambil di hadapan Kedutaan Malaysia di India pada 29 November lalu.

Pengerusi IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, satu memorandum bertulis diberikan kepada Penasihat Pertahanan Kedutaan India, Anirath Chandam untuk meneliti perkara ini.

“Kami mahu pihaknya memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat negara ini kerana telah membuat satu kenyataan berbaur perkauman tanpa memeriksa kesahihan cerita.

“Dalam video berkenaan Arjun menyatakan kejadian rusuhan itu telah membunuh kanak-kanak dan wanita serta merobohkan kuil di situ.

“Dia turut menuduh kerajaan Malaysia dan pihak polis negara ini hanya mendiamkan diri apabila perkara berkenaan terjadi,” katanya dalam sidang akhbar di Kedutaan India di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.