Majlis turut dihadiri Ketua Polis daerah, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar dan Pengerusi Kelab Media Negeri Sembilan (Manis), Arfi Ahmad.

Mohd. Nor Marzukee dalam ucapannya berkata, pengamal media berperanan penting dalam membantu pihak polis untuk menyebarkan maklumat dan kesedaran berkaitan jenayah kepada masyarakat.

Beliau berkata, kedua-dua pihak juga berkongsi tanggungjawab yang sama iaitu berkhidmat untuk masyarakat.

"Sehubungan itu, pertemuan ini penting bagi media dan polis saling memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing agar setiap perkara dapat diselaraskan secara bersama.

"Hubungan baik antara polis dan media perlu dikekalkan, malah diperkasakan lagi dan tidak terbatas dalam tugasan harian tetapi juga pelbagai aktiviti lain seperti sukan," katanya di sini. - UTUSAN ONLINE