Dalam program yang bermula pada pukul 3 petang itu, semua anggota terlibat membersihkan kawasan sekitar IPD Gombak yang dikenal pasti boleh menjadi sarang nyamuk aedes.

Ketua Polis Daerahnya, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, aktiviti ini diadakan sempena menyahut seruan Kementerian Kesihatan dalam memerangi wabak denggi.

“Gotong-royong ini diharap dapat mengeratkan lagi silaturrahim dan semangat kerjasama dalam kalangan warga polis IPD Gombak,” katanya ketika ditemui hari ini.

Samsor juga mengucapkan terima kasih kepada agensi yang membantu IPD Gombak bagi menjayakan program tersebut. – UTUSAN ONLINE