Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, skim berkenaan diwujudkan dengan mencontohi Filipina yang menubuhkan program seumpama itu.


“Kita sedang memperhalusi cadangan ini dan kini berada di peringkat akhir sebelum dibentangkan ke Parlimen dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi.


“Kita juga akan memilih kawasan-kawasan tertentu untuk dijadikan perintis dalam melaksanakan skim berkenaan sebelum dilaksanakan sepenuhnya secara lebih meluas,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam majlis Malam Anugerah Tani Padiberas Nasional Berhad (Bernas) 2017 di sini, malam tadi.


Majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan pesawah, pengilang dan pemborong cemerlang yang setia sebagai rakan tani Bernas.


Yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar.


Mengulas lanjut, Ahmad Shabery memberitahu, peruntukan permulaan akan disuntik oleh Bernas sendiri sebanyak RM10 juta manakala kementerian mencari dana lain untuk pembiayaan skim tersebut.-UTUSAN ONLINE