Pengarah Urusan Fujifilm Malaysia, Yoshitaka Nakamura berkata, rekaan yang cantik dan menarik menjadikan Instax Square SQ6 sesuai digunakan pada bila-bila masa atau acara.


“Instax Square SQ6 menggunakan teknologi yang dapat memproses dan mengedit gambar dengan baik.


“Dengan instax empat segi tepat, gambar yang diambil dengan menggunakan kamera ini kelihatan lebih jelas dan menarik. Sesuai untuk ditampal atau dijadikan perhiasan di rumah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Kamera Instax Square SQ6 yang berlangsung di Cornerstone, Jalan Ampang, di sini hari ini.


Harga untuk satu unit dengan pembelian awal RM598. - UTUSAN ONLINE