Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Insiden memalukan, calar imej penggiat seni

KUALA LUMPUR 18 Mei - Pergaduhan antara penerbit filem, David Teo dengan pelawak, Sulaiman Yassin atau dikenali dengan panggilan Mat Over malam tadi di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan insiden yang memalukan dan mencemarkan imej penggiat seni tanah air.

Jurey Latif

Kekecewaan itu diluahkan oleh Presiden Persatuan Penerbit Tele­visyen Malaysia, Datuk Jurey Latiff Rosli yang menganggap kejadian itu sama sekali melenyapkan objektif penganjuran dialog yang bertujuan untuk membantu industri kreatif negara di dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Katanya, apa yang berlaku telah mencalarkan imej penggiat seni di hadapan Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia apabila insiden itu menjadi tular dan ditafsirkan dengan pelbagai komen.

“Akhirnya objektif dan niat baik Perdana Menteri telah teng­gelam oleh isu lempang. Pengisian program dan perancangan un­tuk kemajuan industri kreatif serta masa depan penggiat seni tidak diperkatakan.

“Ini satu kerugian yang besar yang mana peluang baik disia-siakan dengan insiden buruk tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Jurey Latiff, persatuan ingin memohon maaf bagi pihak ahlinya iaitu syarikat Metrowealth International Group (MIG) yang diketuai oleh David sendiri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan yakin beliau tidak berniat untuk bersikap biadab atau merosakkan majlis dialog tersebut.

“Harapan saya sebagai Presi­den persatuan, Perdana Menteri dapat memaafkan David dan Mat Over dan jangan serik untuk terus membantu industri kreatif negara. Sikap tenang dan mesra memperlihatkan bahawa Perdana Menteri berjiwa besar dan ikhlas dalam pertemuan semalam,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain