Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dua insentif itu masing-masing melibatkan imbuhan dalam bentuk kewangan serta hadiah berupa anugerah daripada kerajaan negeri.

Menurutnya, kedua-dua insentif tersebut akan diumumkan selepas piala berkenaan dibawa menghadap dan dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Kuala Kangsar Ahad ini.

"Apabila kita menang, saya dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) bahawa kita akan mendapat imbuhan kewangan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk diberikan pada pemain, jadi bagi kerajaan negeri kita akan tambah imbuhan tersebut dan jumlahnya akan saya umumkan nanti .

"Saya percaya para pemain akan merasa amat gembira dengan insentif yang akan diberikan itu setelah mereka membawa pulang Piala Malaysia selepas 18 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Kajian Semula Draf Rancangan Struktur Negeri (RSN) Perak 2040, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE