Perkara itu merupakan salah satu daripada enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri pada Sambutan Hari Peneroka Felda, di sini hari ini.

"Kerajaan tidak akan berganjak dalam membela dan memperjuangkan warga Felda.

"Agenda Felda sentiasa dekat di hati saya. Saya juga yakin dengan kepimpinan Felda yang baharu di bawah Pengerusi, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam menekankan integriti, urus tadbir dan fokusnya," katanya ketika berucap merasmikan sambutan tersebut. - UTUSAN ONLINE