Inkues tersebut akan bermula pada pukul 9 pagi di Mahkamah Sesyen 8, Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, mereka yang dipanggil ialah lapan anggota dan pegawai yang berada di lokasi kejadian semasa insiden berlaku manakala dua lagi komander di Balai Bomba Subang Jaya.

Menurutnya, lapan pegawai itu akan memberikan segala maklumat yang diperlukan bagi membantu siasatan.

“JBPM berharap keadilan dapat diberikan kepada Muhammad Adib, segala bentuk tindakan yang akan dikenakan kepada orang yang bertanggungjawab kita serahkan kepada kerajaan untuk tentukan mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan di negara ini,” katanya di sini hari ini.