Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, aspek halal semakin mendapat perhatian masyarakat umum di seluruh dunia membabitkan bukan sahaja umat Islam tetapi juga daripada kalangan bukan Islam terutama dalam mencari produk farmaseutikal alternatif, dilihat sebagai satu trend yang amat memberangsangkan.

“Inisiatif Halal Fast Lane dapat membantu memacu pembabitan lebih besar daripada pengeluar serta badan persijilan halal yang diiktiraf bersama untuk memastikan produk mereka patuh syariah serta menawarkan pilihan lebih baik kepada umat Islam dan bukan Islam,” ujarnya di Majlis Penganugerahan Pembaharuan Sijil Pengesahan Halal melalui inisiatif Halal Fast Lane di Bandar Baru Bangi dekat sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE