Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan bermula pada 2015 itu sepatutnya siap Februari tahun depan.

Walau bagaimanapun, katanya, projek tersebut mengalami kelewatan berikutan masalah teknikal.

"Ketika ini, projek yang menelan belanja RM44.8 juta itu sudah pun siap 52 peratus.

"Meskipun terlewat siap, namun projek ini masih tidak melibatkan penambahan kos," katanya dalam sidang akhbar selepas membuat tinjauan di tapak projek itu di sini, petang ini.

Menurutnya, apabila siap, pusat latihan itu akan dilengkapi sebuah blok pentadbiran, blok akademik, bangunan asrama yang boleh memuatkan 250 orang dan dewan makan. - UTUSAN ONLINE