Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Infra rakyat bertaraf dunia

Najib rasmi MRT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, ditemani isteri menaiki MRT Sg Buloh - Kajang (SBK) fasa 2 sejurus merasmikan pembukaan laluan itu, hari ini. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporation Sdn Bhd, Datuk Sri Shahril Mokhtar (dua dari kanan) - UTUSAN ONLINE/NASIRRUDDIN YAZID

KUALA LUMPUR 17 Julai - Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) merupakan infra-rakyat bertaraf dunia yang bukan sekadar sebutan tetapi sudah menjadi realiti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, projek  MRT SBK itu juga akan menjadi titik permulaan kepada lebih banyak projek 'infra-rakyat' di negara ini.  

Selepas MRT laluan SBK itu beroperasi katanya, pelbagai lagi projek akan dilaksanakan termasuk MRT kedua laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya;LRT3 Bandar Utama-Johan Setia;kereta api ke Pantai Timur;Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura; serta menaik taraf sistem monorail dan KTM.

Katanya, melalui pelaksanaan semua projek itu, menjelang tahun 2027 akan menyaksikan Kuala Lumpur memiliki sistem pengangkutan awam bersepadu sepenuhnya.

MRT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbual dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri sewaktu menaiki tren Transit Aliran Massa (MRT) selepas melancarkan MRT SBK Fasa Dua hari ini. - UTUSAN ONLINE/fotoBERNAMA
 

“Ini semua akan dilaksanakan pihak kerajaan, apatah lagi apabila MRT3 atau MRT circle line siap, bererti menjelang tahun 2027 nanti, kita akan menyaksikan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur yangbersepadu sepenuhnya. Inilah impian kita.

“Berdasarkan rekod prestasi, kita (kerajaan) akan dapat memenuhi objektif ini,” katanya ketika merasmikan Fasa kedua MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) di stesen bawah tanah, Tun Razak Exchange di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan menteri kabinet dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Perdana Menteri berkata,sistem pengangkutan yang baik dapat memberikan manfaat kepada rakyat seperti menjimatkan masa dan kos perjalanan ke sesuatu tempat, meningkatkatkan produktiviti dan semangat kerja selain membantu mengurangkan kos sara hidup.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata projek MRT Laluan SBK berjaya disiapkan dua minggu lebih awal daripada jadual asal iaitu pada hujung bulan ini.

Selain dapat menjimatkan RM2 bilion kepada RM21 bilion daripada bajet awal sebanyak RM23 bilion.

Laluan MRT SBK sepanjang 51 kilometer dengan 31 stesen itu bakal memberi manfaat kepada 1.2 juta penduduk di Lembah Klang. UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain