Pengurus Maktab (82) 1438 Hijrah di Hotel Land Premium, Ashrof Shamsuddin berkata, dengan membekalkan semua maklumat dalam satu risalah, kita dapati itu amat membantu, terutama dalam tunjuk arah pergi dan balik ke maktab ini.

"Dalam info kit itu, dinyatakan panduan perjalanan pulang ke Masjidilharam bermula dari pintu King Fahd sehinggalah ke maktab ini, selain peta laluan.

"Turut ada dalamnya ialah panduan perkhidmatan di maktab seperti kaunter kewangan, perubatan dan kesihatan, bimbingan ibadah haji dan hal pentadbiran," katanya kepada wartawan Malaysia di hotel Land Premium, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE