Sehubungan itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo melantik bekas pengerusi agensi sulit (encryption) negara, Mejar Jeneral Djoko Setiadi sebagai ketua agensi baharu tersebut.

Antara tugasnya termasuk mengesan rangkaian pengganas yang berkomunikasi secara dalam talian dan membanteras penularan sebarang pengucapan yang bersifat kebencian.

“Kami akan berusaha untuk mengawal ruang siber di Indonesia dan teknologi yang kami gunakan berupaya untuk menangkis kegiatan keganasan,” kata Djoko. – AFP