Penyelaras program, Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata, ILC merupakan anjuran bersama Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) USIM dengan Pertubuhan Gud Lak ID iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia di Indonesia.

Menurut beliau, selain 15 wakil daripada Komisi Yudisial, program yang sudah memasuki edisi ketiga itu turut disertai oleh tujuh pelajar undang-undang dari negara terbabit dan 20 yang lainnya merupakan mahasiswa USIM.

“Dengan peningkatan reputasi FSU sebagai sebuah fakulti undang-undang yang mempunyai pakar-pakar muda dalam bidang undang-undang antarabangsa, Indonesia telah meminta kita untuk sekali lagi menjadi hos dengan segala perbelanjaan ditanggung oleh mereka.

“ILC menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai undang-undang antarabangsa awam dan sejauh mana ianya mempengaruhi Malaysia , Indonesia dan rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Program yang berlangsung selama lima hari bermula 21 September itu merupakan program kedua disertai oleh para pegawai kerajaan Indonesia dan penyertaan mereka ditaja sepenuhnya oleh negara berkenaan. - UTUSAN ONLINE