Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan polis sudah dibuat semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya selepas mendapat maklumat terdaapt individu cuba memperdaya dan mempengaruhi guru-guru besar SJKT kononnya boleh menguruskan pemerolehan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan.

“Pihak kementerian tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan bagi tujuan mendapatkan peruntukan atau dana pembangunan kepada SJKT.

“Sehubungan itu, guru-guru besar dinasihatkan supaya berhubung terus dengan kementerian untuk sebarang permohonan peruntukan dan membuat laporan polis jika didatangani mana-mana individu yang mendakwa diri mereka sebagai ejen kementerian bagi tujuan tersebut,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE