“Kesemua mereka yang berada di dalam van tersebut iaitu lima anggota polis dan dua kakitangan bank dibunuh,” kata Ketua Pengarah Polis, S.P. Vaid.

Van berkenaan dikatakan dalam perjalanan pulang ke bank di kampung Pumbai, daerah Kulgam, kira-kira 70 kilometer selatan Srinagar.

Dalam pada itu, seorang lagi pegawai polis yang enggan dikenali berkata, penyerang melarikan wang tunai dan senjata. - AFP