Menurut sumber pihak berkuasa negara ini, pada masa akan datang, hanyak 40,000 pengunjung tempatan dibenarkan melawat Taj Mahal setiap hari.

“Kami perlu memastikan keselamatan pengunjung dan penjagaan Taj Mahal. Bagaimanapun, sekatan tersebut tidak dikenakan terhadap pelancong asing yang perlu membayar sebanyak AS$16 (RM64) untuk melawa monumen berkenaan.

“Jumlah pengunjung yang terlalu ramai dibimbangi akan merosakkan struktur batu marmar Taj Mahal yang berwarna putih, selain memerlukan proses pembersihan setiap hari untuk mengekalkan kebersihannya,” jelas sumber tersebut. – AFP