Sekolah itu yang mengetengahkan produk sabun mandian berasaskan sarang burung walit turut menerima anugerah penyeldikan terbaik dalam penghasilan sabun berbuku itu.

Guru penyelaras unit SEM sekolah itu, Rohani Osman memberitahu, produk itu dihasilkan melalui penyelidikan selama setahun oleh lima pelajar.

“Produk ini kami akan komersialkan.Setakat ini hanya dijual di koperasi sekolah,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis penutup Pesta SEM di Pusat Dagangan Terengganu (TTC).

Program selama tiga hari itu disertai oleh 25 buah sekolah menengah di negeri ini yang memperagakan hasil produk inovasi kalangan pelajar.

SEM merupakan aktiviti tahunan dalam kalendar pendidikan negeri bagi mengasah pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A.Latif Awang yang turut menyempurnakan penutupan program.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengarah YT, Eishamudin Hashim.

Turut menerima anguerah emas ialah SMK Tengku Ibrahim, SMK Tengku Mahmud, SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, SM Imtiaz YT Kuala Berang dan SMK Padang Midin.

Anugerah inovasi terbaik pula dimenangi oleh SMK Tengku Zainal Abidin dengan mencipta produk penyembur racun serangga, dikuti SMIYT Kuala Berang, SMK Tengku Intan Zaharah, SMIYT Kemaman dan SMK Seri Nering. - UTUSAN ONLINE