Diwakili pasukan pelajar tingkatan empat sekolah itu yang dinamakan Al-Fateh Inventors, mereka membawa pulang satu pingat emas dan juga perak, kejayaan yang menyusul selepasmenunjukkan pencapaian terbaik dalam beberapa program pertan­dingan di dalam negara.

Pengetuanya, Mohd. Yusoff Othman berkata, pingat emas diraih oleh kumpulan dibarisi oleh

Huda Safiah Hassan, Azrol Azam Zunaini, Wan Muhammad Jannahtul Firdaus Wan Ahmad dan Nursyafiqah Zakaria.

“Mereka mempertaruhkan pro­duk mesra alam Dr. Duster with Green Cleaner yang merupakan cecair pemadam organik, berfungsi menghapuskan kotoran degil pada papan putih, cermin tingkap serta lain-lain permukaan dengan mudah.

Katanya, pingat perak pula diperoleh melalui Muhammad Faris Mohd. Rafee, Afifah Mohd. Zabidi, Fatimah Azzahrah Zulkifli dan Muhammad Hafizi Hassan ‘As’ari dengan rekaan sabun serbaguna organik, The Miracle Of Multiporpuse Soap: Novely yang bertindak seperti peluntur dan pencuci detergent bagi menanggalkan pelbagai kotoran.

“Penyertaan ke KIDE 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kaohsiung (ICKK), merupakan se­bahagian daripada Program Pe­ngantarabangsaan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Etos Reka cipta SBT.

“Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yang membantu pencapaian pasukan termasuk Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kementerian Pelajaran, Yayasan Terengganu, Jabatan Pelajaran dan kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.