Dalam operasi bermula pukul 8.30 pagi itu, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki Indonesia serta masing-masing tujuh lelaki Myanmar dan Bangladesh.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, kesemua warga asing yang ditahan tersebut berusia antara lingkungan 21 hingga 48 tahun.

“Siasatan awal mendapati bahawa mereka telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tidak memilki dokumen perjalanan yang sah.

“Terdapat juga pekerja asing yang melanggar Per.39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Zuhair, operasi berkenaan turut disertai 16 anggota Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), 10 anggota pejabat kesihatan Kota Setar, empat kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan empat lagi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Kita turut mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja (JKKP).

“Kesemua mereka ditahan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri,Alor Setar Untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada Depot Imigresen Belantik, Sik,” katanya. - UTUSAN ONLINE