Kementerian itu berkata Singapura telah memaklumkannya pada mesyuarat pada 29 Nov 2018 antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.


"Tatacara penerbangan untuk kedua-dua laluan itu adalah perlu kerana pesawat mendarat dan berlepas," katanya dalam satu kenyataan susulan pertanyaan media mengenai kenyataan terkini Kementerian Pengangkutan (MOT) Malaysia berkaitan tatacara ILS untuk Lapangan Terbang Seletar.


Terdahulu, Malaysia MOT berkata ketegangan antara Malaysia dan Singapura adalah tidak perlu dan boleh dielakkan dengan melaksanakan tatacara ILS yang baharu untuk Landasan 03 di sebelah selatan Lapangan Terbang Seletar, dan bukan Landasan Runaway 21 di sebelah utara yang mendapat bantahan.


"Di rantau ini, angin bertiup dari arah timur laut untuk pertengahan tahun, dan arah barat daya untuk pertengahan tahun yang lain. Oleh itu, tatacara penerbangan untuk laluan pendaratan sebelah selatan tidak dapat secara selamat menggantikan semua tatacara penerbangan untuk laluan penerbangan sebelah utara," kata MOT Singapura.


Oleh itu, CAAS menjelaskan kepada CAAM bahawa sebagai tambahan kepada laluan pendaratan sebelah utara ke Lapangan Terbang Seletar, "CAAS juga akan melaksanakan tatacara ILS bagi laluan penerbangan sebelah selatan."


MOT Singapura berkata adalah "tidak benar" bahawa pelaksanaan tatacara ILS untuk laluan sebelah utara ke Lapangan Terbang Seletar adalah "jelas menceroboh kedaulatan Malaysia serta undang-undang dan standard antarabangsa."


"Sifat penerbangan awam antarabangsa adalah penerbangan harus melintasi ruang udara negara-negara yang berbeza. Bukan luar biasa untuk tatacara penerbangan ke/dari lapangan terbang di satu Negara, terutama berdekatan Negara lain, untuk melintasi wilayah negara-negara jiran.


"Ini tidak meliputi pencerobohan kedaulatan negara-negara. Tatacara ILS bagi sesetengah lapangan terbang di Malaysia turut diperluaskan melangkaui wilayah negara-negara jiran,"kata kenyataan itu.


Atas semangat kerjasama dan manfaat bersama, Kementerian berkata "kami bersedia untuk membincangkan kebimbangan teknikal Malaysia secara baik."


Menurut MOT Singapura, pada 4 Dis 2018, Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke menyatakan bahawa Malaysia akan mengemukakan cadangan balas kepada Siingapura.


"Kamimengalu-alukan untuk menerima cadangan balas Malaysia dan berasa senang hati untuk bertemu dengan Malaysia selepas itu," kata MOT Singapura. - BERNAMA