SYED MOHD JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI
SYED MOHD JOHAN RIZAL SYED UNAN MASHRI

Sehubungan itu tegas Ketua Pemuda Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, pihaknya amat tidak bersetuju dan membantah keras usaha tersebut kerana dianggap tidak bertepatan dengan senario masyarakat Malaysia yang hidup saling melengkapi antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan bahasa.

“Bagi kami, kerajaan sebaliknya perlu memiliki keberanian politik untuk memperkasakan semua sekolah kebangsaan selain mengkaji semula kedudukan sistem pendidikan vernakular di negara ini. 

“Jika kerajaan serius mahu memupuk solidariti nasional, sistem pendidikan vernakular di negara ini perlu dikaji semula dan saya optimis menyokong jika sistem lapuk ini dihapuskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Tambahnya, sebagai ganti Bahasa Mandarin dan Tamil serta bahasa-bahasa lain yang wujud di negara ini boleh diperkenalkan di sekolah kebangsaan untuk dipelajari para murid tanpa mengira latar belakang kaum mahu pun bahasa ibunda mereka.

“Begitu pun status Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan wajib dipertahankan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan,” katanya. 

Tambahnya, tindakan sedemikian diyakini mampu membantu generasi akan datang untuk menolak sebarang fahaman rasis demi masa depan negara. 

“Dalam negara majmuk ini, perpaduan dan solidariti nasional adalah satu kewajiban. Saya percaya, dengan hanya satu sistem persekolahan dan pendidikan, pelbagai masalah boleh dielakkan. 

“Cubaan mempolitikkan isu pendidikan ke arah agenda mana-mana kelompok atau individu wajar ditolak. Reformasi pendidikan yang komprehensif mesti dilihatkan kerajaan dengan menambah baik dan memperkasakan sekolah kebangsaan,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE