Usahawan ikan laga, Mohd. Fajiha Alaihis, 27, berkata, spesies tersebut yang mempunyai pelbagai warna juga mendapat perhatian pengunjung selepas mencatatkan harga melebihi RM6,000 se­ekor di pasaran antarabangsa.

Selain itu, Mohd. Fajiha turut membawa lapan spesies lain dalam pameran MAHA kali ini ekoran permintaan tinggi dan semakin popular.

“Antara spesies yang dibawa adalah Halfmoon, Crown Tail, Giant, Big Ear Dumbo, Plakat dan Veil Tail dengan nilai antara RM3 dan RM150.

“Malah harga tersebut sebenarnya boleh meningkat bergantung kepada warna, jenis dan bentuk. Saya sendiri pernah menjual ikan laga dengan harga RM600 sepasang di Si­ngapura,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Fajiha berkata, dia kini berjaya memperoleh pendapatan mencecah lima angka selepas berhenti bekerja sebagai jurutera dan menceburi bidang tersebut sejak 2012.

Menurutnya, ada antara ikan laga yang dieksport ke luar negara seperti Brazil, Indonesia dan Jerman bagi memenuhi permintaan tinggi di negara tersebut.