Idris yang tiba kira-kira pukul 2.33 petang tadi kemudiannya menaiki lif khas ke pejabat itu untuk bertemu pegawai tertinggi dalam FGV.

Terdahulu, lebih 25 orang anggota dan pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasuki pejabat tersebut secara berperingkat antara pukul 10 hingga 11.45 pagi ini

Difahamkan kehadiran mereka untuk memeriksa dokumen berkaitan yang diambil dari aras 45 menempatkan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif dan aras 49 yang merupakan Pejabat Pengerusi Felda.

Sehingga pukul 3 petang ini proses semakan dokumen masih lagi dijalankan oleh pihak SPRM. - UTUSAN ONLINE