Pengiktirafan tertinggi yang diperkenalkan oleh majalah Where2 Travel & Lifestyle itu sebagai menghargai jasa dan tokoh-tokoh terhadap pembangunan sektor pelancongan negara.

Melaka kini menjadi destinasi pilihan utama pelancong dan kini berada di kedudukan teratas de­ngan bilangan kemasukan pelancong ke Malaysia.

Anugerah itu disampaikan oleh editor majalah berkenaan, Pung Kim Ying kepada Idris dalam satu majlis ringkas di pejabat Ketua Menteri, semalam.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Naim Abu Bakar; Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Pantai dan Pulau-pulau Melaka, Datuk Ghazale Muhamad dan Pengurus Besar Tourism Melaka, Norena Jaafar.

Kim Ying berpendapat, pencapaian yang diperoleh Melaka ini bukanlah suatu perjalanan dan tugas yang mudah malah ia adalah satu usaha keras yang berte­rusan oleh Ketua Menteri Melaka.

Malah, katanya, ia menjadi kunci utama kejayaan itu dan sete­rusnya menjadi pemangkin kepada penggiat-penggiat industri untuk lebih berjaya dalam meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan pelancongan mereka sehingga diiktiraf di persada dunia terutamanya dalam dunia penerbitan.