Perjanjian antara Presiden Rusia, Vladimir Putin, sekutu kuat Bashar dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam akan mewujudkan sebuah zon bebas tentera baharu yang menyaksikan pemberontak perlu berundur pada pertengahan bulan hadapan.

Damsyik mengalu-alukan perjanjian itu namun berikrar akan terus berusaha mendapatkan semula setiap inci wilayah Syria.

Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, kumpulan pembangkang akan mengekalkan senjata mereka dan wilayah itu akan dibebaskan daripada sebarang unsur radikal selain Ankara akan menambah jumlah tentera ketika 12 pos pemantau akan di Idlib akan kekal. - REUTERS