Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, acara dwitahunan  anjuran bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) itu menjadi medan interaktif berkongsi kepakaran serta bertukar pengetahuan terutama di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran.

"ICTLD ini menjadi ruang terbaik guru dan pendidik bersama meningkatkan prestasi untuk berdepan cabaran di dalam modul pendidikan alaf baru.

"Kaedah mendidik kini nyata berubah sepenuhnya dengan pengajaran dan pembelajaran tidak lagi tertumpu sesi mengajar di kelas sebaliknya berfokus kepada tiga elemen iaitu penyertaan dalam aktiviti, penglibatan dalam sesi pembelajaran dan pencapaian kendiri murid," katanya ketika berucap dalam perasmian ICTDL 2018 Edisi Ke-4, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE