Eksekutif Yayasan Perpaduan Negara, Ishak Sairozi berkata, barisan kepimpinan kerajaan baharu dilihat lebih ingin memperjuangkan dasar yang disokong dunia berban­ding dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh negara sendiri seperti yang terkandung dalam Perlembagaan.

ICERD
 

“Atas nama kesamarataan, ratifikasi ICERD kini diperjuangkan, kononnya demi membentuk negara yang tidak mendiskriminasi dan melebih-lebihkan satu-satu kaum dalam satu negara. Adakah ini wajar atau hanya dendam kesumat politik terhadap kerajaan lama yang bermain isu kaum atau agama semata-mata?

“(Bagaimanapun) Perlembagaan dicipta dengan penuh rasa cinta, rasa menghormati sesama bangsa, tidak berniat menindas dan membalas semu­la rasa toleransi yang disemai pada sebuah tanah air bernama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas cubaan kerajaan Pakatan Harapan untuk meratifikasi ICERD pada awal tahun depan.