Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ibu rayu orang ramai bantu cari anak bongsu hilang

Ibu rayu orang ramai bantu cari anak bongsu hilang 2
Ezam Muhammad Noor tidak pulang sejak mula keluar dari rumahnya Sabtu lalu. - UTUSAN ONLINE

SABAK BERNAM 14 Julai - Kehilangan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun sejak seminggu lalu membuatkan sebuah keluarga di Sungai Lias, Sungai Besar di sini meminta jasa orang ramai membantu mengesannya.

Ibu remaja terbabit, Norsa'odah Zakaria, 52, ketika ditemui berkata, kehilangan anak bongsunya daripada lapan beradik itu disedarinya pada Sabtu lalu selepas Ezam Muhammad Noor tidak pulang sejak mula keluar dari rumahnya pada hari yang sama kira-kira pukul 9 pagi.

"Sampai ke hari ini anak saya (Ezam Muhammad Noor) tidak dapat dikesan. Puas kami sekeluarga cari di sekitar kawasan Sungai Besar dan Sekinchan tetapi tak jumpa," katanya yang telah membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Sungai Besar baru-baru ini.

Tambah Norsa'odah, dia berharap anaknya itu dapat pulang semula ke pangkuan keluarga selain memaklumkan rasa bimbang jka kejadian yang buruk menimpa Ezam Muhammad Noor.

"Sebagai seorang ibu, sudah tentulah perasaan bimbang terhadap keselamatan anak itu ada, lebih-lebih lagi apabila bila anak tak balik ke rumah sampai ke hari ini. Saya buntu tidak tahu di mana lagi nak cari anak saya ini," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, bapa remaja terbabit, Nahar Harun, 59, memberitahu dia beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbit anaknya itu namun hampa apabila panggilan tidak dijawab.

Malah, dia sendiri turut berjumpa dan bertanyakan dengan rakan-rakan anaknya namun mereka tidak tahu di mana Ezam Muhammad Noor berada.

"Saya risau dan bimbang keselamatan anak saya. Takut juga kalau jadi sesuatu tidak diingini," ujarnya.

Orang ramai yang mengesan dan menjumpai Ezam Muhammad Noor diminta menghubungi Norsa'odah di talian 013-3355479 atau melaporkan kepada balai polis berhampiran. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain